Tuesday, December 28, 2010

ikan??

ikan?
pe yg best sgt pasal ikan neh??
ntah..tp aku suka sgt ikan..

klo setiap kali cuti, mst aku g cari ikan..
pancing, pukat, bubu, semua la yg berkaitan penangkapan ikan..
semua aku minat..

semua tempat aku dah pegi..
laut, sungai, kolam, lombang, paya..
semua aku redah..
sampaikan penah termasuk kawasan jin..

bila dah masuk kawasan dia, terpaksa la terima padah..
abes badan jd merah n bengkak2..
kne "sopak garam" ataupon lebih dikenali "kne ludah jin"..

tp aku x kisah, janji dapat ikan..
masuk neh dah kali ke 3 aku kne sopak garam..

bile dh kene, mmg aku x g dah la tempat 2..

sbb jin mmg wujud..

"kami akan berikan perhatian sepenuhnya kepada kamu wahai golongan manusia dan jin"
(ar rahman, 31)

so, bile kite g tempat2 yg x biasa kite g,
khususnya kpd sape2 yg minat memancing mcm aku..
disyorkan membaca doa sebelom masuk ke tempat 2 yg ingin dimasuki..

"salamun a'la nuhin fil a'lamin, inakaza lika naghzilmuhsinin"
(doa menghindarkan bahaya)

kemudian bg salam..

"assalamualaikum ya ibadallah"
(memberi salam kpd hamba2 Allah)


nak kongsi je petua2 dan amalan2..

insyaallah klo baca doa 2,
pacat pon x gigit..
lintah pon x gigit..

Monday, December 20, 2010

usia makin tua

Benarlah sabda Rasulullah saw "Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”

Sahabat lalu bertanya “Ya rasulullah, Siapakah orang asing itu ? Rasulullah menjawab ”Itulah orang yang berbuat baik di waktu manusia berbuat kerosakan”


usia makin tua, spatutnya makin byk ilmu yg kita tau..
tp apakah yg telah berlaku, semua yg basic dah lupa..
brapakah jenis air?
brapakah jenis najis?
brapakah rukun solat?
2 belom tny hukum tajwid lg..
ingatlah wahai teman..
islam itu mudah, tp kita tidak boleh memudahkan islam..

*anda bertuah jika anda mengetahui semua basic2 ini, sesungguhnya anda adalah asing, kerana ramai yg tidak mengetahui*

"demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian"
[103:1-2]

semakin lama kita hidup, semakin byk yg kita lupa..
semakin byk yg kita tinggalkan..

dulu time skolah bleh je tiap2 kali solat fardhu, ko turun surau berjemaah
tp skang neh, pny la malas..klo malas sgt pon, at least turun la 1 ke 2 solat kat surau..

dulu time skolah, slalu je nmpk ko bace quran
tp skang, nak nmpk ko pegang quran pon susah..
ntah2 ade ke x quran kat bilik ko..


"wahai orang2 yg beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan. Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan" [61:2-3]

bila sembang pasal agama, ko plg pandai..
ko ckp mcm2..
itu x bleh, ini x bleh..
ko ckp jgak, zina neh ada mcm2, zina hati, zina telinga, zina mulut..
ko jgak ckp jgn hampiri zina..
TP KNP KO KAPEL?????
KO KELUAR BERDUA DUAAN??

bukankah kapel 2 menghampiri zina...

renungkanlah~

*ku hanya insan biasa*







Thursday, April 22, 2010

IBU

cukup azab
ibu mengandung
hari berjalan, bulan dihitung
ibu menyerah rugi dan untung
kepada tuhan meminta tolong

cukup bulan dan harinya
seorang bayi dilahirkannya
bidan menyambut dengan halusnya
hampir si ibu hilang nyawanya

bila si anak sudah dewasa
ibu dilayan sebagai hamba
kain baju disuruh cuci
makan dan minum disuruh saji

ibu yang malang berdukacita
duduk berendam si air mata
akhir si ibu menutup mata
akibat perbuatan
anak derhaka..
-shakir-

KASIH ABADI

sama ada keruh atau jernih
cinta tetap mengalir
di lembah-lembah takdir kehidupan
menenggelamkan kesunyian
kesedihan
kesayuan
serta kedukaan
setelah langit menangis
lebatnya memanjang
membasahi tikar siang
dan melembabkan selimut malam
air cinta tetap mengalir
dari lembah kedukaan
ke sungai-sungai suratan
kehampaan hanyut
dibawa arus ketentuan
jauh ke mulut laut
digigit gelombang,dimamah ribut
dikunyah selat, ditelan teluk
diduga kemelut
namun cinta tetap tunduk
pada keagungan illahi
dan terpercik
ke pesisiran bahagia
menjelmakan kasih yang abadi...
-shakir-

ku hanya insan biasa

ku hanya insan biasa,
tiada lebih tiada istimewa,
ku cuba menjadi sempurna,
seindah bulan purnama..

namun kutahu hakikatnya,
tidak semudah yg disangka,
ibarat mencari permata,
di dasar lautan bergelora..