lelaki pemalu adalah lekai yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. jika anda seorang wanita dan meminati seorang lelaki dan lekai itu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana berdepan dengan lelaki pemalu. apa anda nak buat apabila berdepan dengan lelaki pemalu?
1) anda kena berani memulakan
walaupun anda perempuan, anda kena berani memulakan. lebih baik berani meluah daripada membiarkan si lelaki itu tidak mengetahui yang anda sukakan dia. jika anda seorang perempuan dan anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia menjadi milik orang lain. dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagian masa depan. daripada lama membujang, lebih baik berani memulakan.
2) gunakan cara non-verbal
hari ini, cara meluahkan perasaan semakin berubah. dulu, meluahkan perasaan cinta atau rindu menggunakan surat sama ada tulis tangan atau bertaip. sekarang anda boleh meluahkan menggunakan sms, video call, email, facebook, twitter, ataupun upload video kat youtube! biar satu dunia tahu! cara ini dipanggil non-verbal kerana luahkan hati tanpa berdepan muka.
3) cakap pasal topik umum
cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ini bercakap mengenai topik umum. topik umum biasanya berkaitan dengan cuaca, isu semasa, pelajaran, dan sebangainya. lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka misalnya membaca, melukis, berblog, berfacebook, mengukir kayu dan sebangainya. cuba tanya mereka apa yang mereka suka lakukan pada masa lapang. selepas itu, apabila dia sudah galak bercerita, anda boleh masuk ke topik seterusnya-cinta!
4) santaikan wajah, santaikan suara
ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. jangan cuba kuasainya dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawak dia bercerita cara santai, sepertimana anda bercerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walaupun mata anda memandang ke arah lain, bukan ke arah mata lelaki itu sepanjang masa. nada suara anda hendaklah dalam keadaan santai, tidak nyaring dan tidak gedik. anda sebagai perempuan hendaklah menjaga jarak anda dengan lelaki tersebut, jangan terlalu dekat. biar jarak yang selesa, janji dia boleh dengar suara anda
**diambil dan diedit drpd page "like like like like like like like like like like like like like like like"
pergh...agak2 ade x pompuan nak wat camtu ea??..hahaha
ReplyDeletebayangkan dr sohirin sebut NON VERBAL
ReplyDeletebibir bawah ke depan..haha
ReplyDelete