Wednesday, July 27, 2011

antara fitrah dan fitnah


cinta adalah fitrah manusia. semua makhluk yg bernyawa pasti mempunyai rasa cinta. ingin bercinta dan ingin dicintai itu adalah fitrah manusia. Allah telah menjadikan cinta itu sbg fitrah dan Allah juga tidak menjadikan cinta itu begitu saja..Dia menciptakan cinta dgn pelbagai syarat..kebanyakan manusia melanggar syarat ini..rasa cinta itu tidak salah tetapi kesalahan berlaku apabila menjalinkan hubungan cinta..cinta terlarang adalah cinta yg menafikan peraturan yg Allah wujudkankan bersama dgn cinta ini..ketika inilah FITRAH menjadi FITNAH..

hubungan cinta janganlah dicemari dgn perkara yg menyalahi syariat..
"cinta tidak perlukan syarat, tetapi perlu mengikut syariat"

Allah yg menciptakan cinta sering dipinggirkan dlm cinta terlarang..ia seperti tidak ada kaintan antara cinta dan pencipta cinta itu..tgn dipegang walaupon jelas telah dilarang oleh Allah, duduk berduaan seperti sudah halal, bergurau manja saling tampar menampar tanpa sedikit pon rasa bersalah..

cintailah sesiapa pon..iringilah cinta itu dgn niat untuk berkahwin..kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelakidan perempuan menyempurnakan agamanya..

sabda Rasullullah SAW
"apabila seseorang itu berkahwin, maka sempurnalah separuh imannya. tinggal lg separuh untuk disempurnakannya" (auqamaqal)


jgnlah bercinta hanya untuk suka suka..jika tidak ada niat untuk berkahwin, sudah pasti cinta itu bkn kerana Allah..

apabila bercinta pastikan tiada hukum Allah yg dilanggar..tidak ada pergaulan bebas, tidak ada bersentuhan kulit, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian rukun islam seperti solat, puasa dan sebagainya..

Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyanyang..cinta yg diniatkan ke gerbang perkahwinan pasti diiringi dgn seribu keindahan...

Tuesday, July 26, 2011

salah

salah org, laju ja kita detect..laju ja kita tegur..itu salah la, ini salah la..

tp salah kita..sikit pon x terasa nak detect n tegur diri sendiri...

rasa mcm kita neh perfect, xdak salah...

org lain semua x kena..semua salah

klo bercakap, ada ja nak counter, nak tunjuk yg kita neh betul...

nak tunjuk yg kita neh ilmu byk..

klo org bt status kat FB, ad ja kita nak argue..

"awat hg kata camneh, salah neh..mcm neh baru betoi"....(contoh)

situasi 1

status: seronoknya p tgk wayang ngn kawan2..
komen: lg seronok klo p masjid ngn kawan2

*neh lg 1 jenis manusia yg suka cari salah org guna agama...biaq la kat dia nak tgk wayang..dia nak seronok2, yg hg p kco mood dia 2 bt pa..mmg x dinafikan mmg kna p masjid, tp salah ka dia nak p tgk wayang??

situasi 2
H: hg pkai celcom ka weh?
aku: haah, murah sikit..
H: hg tau dak xleh pkai celcom..sbb owner dia 2 yahudi..
(berdasarkan kisah benar..pengalaman aku)

*pandai tol dia sembang xleh pkai barang yahudi..tp dia x sedar yg henfon dia pkai 2 sapadia bt? baju dia pkai 2 sapadia bt? laptop dia pkai 2 sapadia bt?




*TEKANAN TOI AKU NGN ORG CAMNEH!!!

**aku pon ada salah jgak~

Saturday, July 23, 2011

doa ustaz amran


ya Allah ya tuhan kami,
ampunkan dosa kami,
dosa besar mahupun yg kecil ya Allah,
dosa sengaja mahupun yg kami x sengaja ya Allah,
dosa tersembunyi mahupon yg nyata ya Allah..


ya Allah ya tuhan kami ampunkan dosa ayah dan ibu kami ya Allah,
yg hidup mahupon telah meninggal dunia ya Allah,
byk salah kami pd mereka ya Allah,.
kami lupa mendoakan mereka ya Allah,
jarang kami bertanya khabar pada mereka ya Allah..
kdg2 kata2 kami menghiris perasaan mereka ya Allah,
kdg2 tindak tanduk kami buat mereka kecil hati ya Allah,
kdg2 kami jd anak yg derhaka pd mereka ya Allah,
oleh itu ya Allah ampunkan kami ampunkan mereka ya Allah

*serius tacing time dia baca doa neh~

~"dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan doamu"
(al mukmin:60)~

Monday, July 18, 2011

gulai tempoyak


tgh sembang2 ngn kak aku, tetiba ja terkluaq pasai tempoyak..

aku: kak, gulai tempoyak 2 camna? (muka curious)

kak: dia kaler kuning...

aku: kak penah makan ka? makan kat mana?

kak: penah, kat pahang...

aku: bila masa plak kak p pahang mkn tempoyak?

kak: dlu masa kak kt uia, ad kenduri..gombak ngn pahang 2 bkn jauh mana pon...

aku: camna la rupa gulai tempoyak 2...hmm

kak: meh kak nak p google sat

kak aku pon g la google, aku meneruskan aktiviti aku tgk tv, pastu g bg ayam makan, main2 ngn ayam..bg ikan makan...

pkol 1 tgh hari

mak: mai makan~~~~

aku: neh natang pa kuning2 neh mak?

kak: td hg kata nak tgk gulai tempoyak..2 gulai tempoyak la

aku: ????????

aku igt kot kak aku di google nak cari gambaq gulai tempoyak, skali cari resipi la plak...cemerlang tol beliau!

***nasib baik sedap tempoyak 2, klo x, mmg aku makan nasik ngn kicap la~~~

"SAYANG KAK!!"

kak aku


org cakap

ada org ckp, "pilih la org yg sayangkan anda drpd pilih org yg anda syg"~

situasi 1: A syg kat B, tp B x syg kat A...
klo ikot statement di atas, B akan pilih A sbb A syg kat B..

situasi 2: (sama seperti situasi 1) A syg kat B, tp B x syg kat A..
klo ikot statement di atas, A xkan pilih B sbb B x syg kat A...

dh berbelit plak~~ (camna B nak kawen ngn A klo jd situasi 2 tu)

*klo jodoh x ke mana*

pilih la sapa2 pon, jgn sama jantina ngn mahram sudah la...


Saturday, July 16, 2011

kereta & jalan


kehidupan itu seperti kereta......
masalah itu seperti jalan.......

jika semua jalan yg dilalui oleh kereta itu lurus, maka pemandunya tidak dpt merasa kesedapan dan kemampuan keretanya mengambil selekoh2 tajam..


jika kereta itu mampu mengambil segala jenis selekoh tanpa mengalami kemalangan, itulah kereta yg terbaik..

*xde gmbar kereta la plak


~tidak ada gunanya miliki kereta mewah tetapi tidak mampu mengambil selekoh2 tajam~


Thursday, July 14, 2011

mood jiwang

khamis mlm jumaat
14 julai 2011

mlm penoh syahdu..aku pon xtau pasaipa aku jd x tahwan mlm neh..
aku post pantun plek2, semua mostly jiwang kat fb..

rasanya x lama dh kot aku neh..haha

antara pantun2 tersebut

#dari mata turun ke hati
tak kenal maka tak cinta
lain di mulut lain di hati
walaupon begitu adat berkasih hendaklah setia


#makan megi setiap hari
dicampur bersama si minyak sapi
kalau gadoh slalu nak seri
tanpa gadoh mulalah sunyi


#aku bukannya hendak bercinta
kerana x pasti siapakah dia
ingin aku menjadi kawan setia
biarlah lama tidak berjumpa


#layang layang terbang melayang
jatuh di laut melayang layang
siapa kata saya x sayang
siang malam asyik terbayang bayang


#indah sungguh bulan mengambang
dikeliling pula bintang bercahaya
cantik sungguh bila kupandang
bagai melihat pintunya syurga


#hujan turun padang pon basah
patah galah dilanggar cikgu
niat hati xnak berpisah
ketentuan Allah siapa yg tahu..


serius jiwang gila aku mlm neh

tp x kisah la, asalkan aku seronok..x kco org...haha

Saturday, July 9, 2011

aku x pandai??

"tekanan tol aku, fail subjek 2"

"apsal la aku bodoh sgt, sampai boleh fail"

"klo aku pandai, dh lama aku mintak jd doktor"

berikut adalah beberapa ucapan yg keluar dr mulut manusia2 yg mungkin belum mengetahui lebih dalam apa itu nikmat..

sesungguhnya nikmat Allah itu byk, tidak terkira..
'dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya' (an nahl:18)

kepandaian dan kepintaran adalah salah satu nikmat Allah yg diberikan kepada setiap makhluk, tetapi Allah itu maha adil, Dia memberikan nikmat tersebut tidak sama antara satu sama lain..

adakah anda fikir bahawa anda sudah pandai apabila anda berjaya menjadi doktor? sudah tentu tidak,. mana mungkin seorang doktor pandai membaiki kereta....

adakah anda fikir bahawa anda sudah pandai apabila berjaya menjadi profesor? sudah tentu tidak,. mana mungkin seorang profesor pandai mengemudi kapal nelayan....

adakah anda fikir bahawa anda sudah pandai apabila berjaya menjadi peguam terkemuka? sudah tentu tidak,. mana mungkin seorang peguam pandai menanam padi di sawah....

adakah anda fikir bahawa anda sudah pandai kerana berjaya mejejakkan kaki di university terkemuka? sudah tentu tidak,. mana mungkin seorang siswazah pandai seni kraf tgn..

kepandaian dan kepintaran adalah nikmat yg Allah berikan kepada hambanya secara berbeza2..
manusia yg sebenar2 pandai dan pintar adalah nabi Allah Adam as.

kepandaian yg kita miliki hari ini adalah diambil sedikit dr nabi adam..menurut ilmu sains, ia dikenali sebagai inheritance..kita ambil contoh yg mudah, melihat ibubapa kita...katakan seorang bapa itu memiliki bakat bermain bola dan meniup seruling..mungkin hanya seorang sahaja anaknya yg mewarisi bakat bermain bola dan anak2nya yg lain mewarisi bakat meniup seruling..

begitu juga dgn manusia, tidak ada seorang pon yg mewarisi segala galanya daripada nabi adam..

jadi, apabila anda failed sesuatu subject, tidak dpt memasuki bidang yg anda minati, tidak dpt menyambung pelajaran, jgn bersedih..rilex sudey!

'Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya' (al baqarah:286)

imam Qurtubi berkata "Allah tidak membebankan hambanya sama ada melalui bebanan hati, bebanan anggota badan kecuali sesuai dgn org tersebut"

Allah itu maha mengetahui, mungkin jika kita menyambung pelajaran ke peringkat yg seterusnya, kita tidak ada upaya untuk meneruskanya..

mungkin jika kita berjaya memasuki budang yg kita minati, kita akan bongkak dan sombang dgn ilmu yg kita ada..

Allah berbuat begitu untuk meringankan hambanya, menenangkan hati hambanya, MENGUJI KEIMANAN hambanya...

wallahua'lam~






Wednesday, July 6, 2011

pakej? kunci?

lelaki pakej~!
kak aku ckp lelaki pakej neh menjadi idaman pompuan2 utk dijadikan suami...kak aku la ckp, sbb dia pompuan..betoi ka dak aku xtau la..

ciri2 lelaki pakej
#mempunyai kerja tetap
#mempunyai kereta sendiri
#mempunyai rumah sendiri
#rumah dilengkapi dgn kelengkapan asas

pastikan anda(lelaki) mempunyai 3 kunci sebelum anda menamatkan zaman bujang anda..
3 kunci tersebut ialah
#kunci kereta
#kunci pejabat (klo xde pejabat sendiri, kunci laci meja pejabat anda)
#kunci rumah

lelaki pakej slalunya ad 3 kunci neh..

i will try to get those keys!! hahaha