Saturday, July 9, 2011

aku x pandai??

"tekanan tol aku, fail subjek 2"

"apsal la aku bodoh sgt, sampai boleh fail"

"klo aku pandai, dh lama aku mintak jd doktor"

berikut adalah beberapa ucapan yg keluar dr mulut manusia2 yg mungkin belum mengetahui lebih dalam apa itu nikmat..

sesungguhnya nikmat Allah itu byk, tidak terkira..
'dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya' (an nahl:18)

kepandaian dan kepintaran adalah salah satu nikmat Allah yg diberikan kepada setiap makhluk, tetapi Allah itu maha adil, Dia memberikan nikmat tersebut tidak sama antara satu sama lain..

adakah anda fikir bahawa anda sudah pandai apabila anda berjaya menjadi doktor? sudah tentu tidak,. mana mungkin seorang doktor pandai membaiki kereta....

adakah anda fikir bahawa anda sudah pandai apabila berjaya menjadi profesor? sudah tentu tidak,. mana mungkin seorang profesor pandai mengemudi kapal nelayan....

adakah anda fikir bahawa anda sudah pandai apabila berjaya menjadi peguam terkemuka? sudah tentu tidak,. mana mungkin seorang peguam pandai menanam padi di sawah....

adakah anda fikir bahawa anda sudah pandai kerana berjaya mejejakkan kaki di university terkemuka? sudah tentu tidak,. mana mungkin seorang siswazah pandai seni kraf tgn..

kepandaian dan kepintaran adalah nikmat yg Allah berikan kepada hambanya secara berbeza2..
manusia yg sebenar2 pandai dan pintar adalah nabi Allah Adam as.

kepandaian yg kita miliki hari ini adalah diambil sedikit dr nabi adam..menurut ilmu sains, ia dikenali sebagai inheritance..kita ambil contoh yg mudah, melihat ibubapa kita...katakan seorang bapa itu memiliki bakat bermain bola dan meniup seruling..mungkin hanya seorang sahaja anaknya yg mewarisi bakat bermain bola dan anak2nya yg lain mewarisi bakat meniup seruling..

begitu juga dgn manusia, tidak ada seorang pon yg mewarisi segala galanya daripada nabi adam..

jadi, apabila anda failed sesuatu subject, tidak dpt memasuki bidang yg anda minati, tidak dpt menyambung pelajaran, jgn bersedih..rilex sudey!

'Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya' (al baqarah:286)

imam Qurtubi berkata "Allah tidak membebankan hambanya sama ada melalui bebanan hati, bebanan anggota badan kecuali sesuai dgn org tersebut"

Allah itu maha mengetahui, mungkin jika kita menyambung pelajaran ke peringkat yg seterusnya, kita tidak ada upaya untuk meneruskanya..

mungkin jika kita berjaya memasuki budang yg kita minati, kita akan bongkak dan sombang dgn ilmu yg kita ada..

Allah berbuat begitu untuk meringankan hambanya, menenangkan hati hambanya, MENGUJI KEIMANAN hambanya...

wallahua'lam~






3 comments:

  1. yg klakaqnya, ade yg belum jadi profesional dlm bidang yg die minati pon dah bajet gila..rasa nak lempang je

    ReplyDelete