Monday, June 20, 2011

inter-related


surah pertama dlm al quran..al fatihah
juga dikenali sbg ummul kitab, al ruqyah, as-sabu'ul matsani, al-hamd, asy-syafiyah, dan al-wafiyah

surah yg mengandungi 7 ayat neh sebenarnya sgt berkaitan antara satu sama lain...imam syafi'e menyatakan bahawa basmallah termasuk dlm 7 ayat tersebut manakala imam maliki menyatakan bahawa basmallah tidak termasuk..tp bagaimanakah surah ini dinamakan as-sabu'ul matsani(7 ayat yg diulang)?

pada pendapat imam maliki, صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ dikira sebagai 1 ayat dan
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ dikira sebagai 1 ayat..
jd jumlahnya tetap sama, iaitu 7 ayat..

apakah perkaitan antara ketujuh tujuh ayat ini? ianya adalah jawapan kepada persoalan yg muncul pada ayat pertama surah ini..


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
dengan nama Allah yg maha pemurah lg maha penyayang


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
segala puji bg Allah tuhan seluruh alam



siapakah Allah itu? siapakah tuhan itu?



ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
dialah yg maha pemurah lg maha penyayang



adakah itu Allah? yg pemurah lg penyayang? manusia pon ad yg pemurah dan penyayang..



مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
dialah yg menguasai hari pembalasan(akhirat)



oh, kalau begitu, Dia adalah sebetul betul tuhan, kerana manusia tidak dpt menguasai hari pembalasan..tp apa yg perlu kami lakukan jika Engkau adalah tuhan?



إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan



sudah pasti kami akan menyembah Engkau kerana Engkau adalah tuhan kami, yg menguasai hari pembalasan..tp meminta pertolongan itu, pertolongan apa?



ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
tunjukkanlah kepada kami jalan yg lurus



oh, pertolongan untuk mendapat jalan yg benar dan lurus..tp apakah yg dimaksudkan dgn jalan yg lurus itu?



صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
iaitu jalan org2 yg Engkau berikan nikmat

غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
bukan jalan org2 yg Engkau murkai ke atas mereka, dan bukan jalan org2 yg sesat





**indahnya persoalan dan jawapan yg diberikan~~

1 comment:

  1. guwa LIKE ini...
    lagi byk ang buleh tuleh lg baguih weyh...
    makanan rohani...

    ReplyDelete