Thursday, June 16, 2011

rumahku syurgaku


ok, aku xtau nak mula camna..
tp aku nak mula jgak...


insyaallah ari neh kita akan belajar serba sedikit tentang pentingnya rukun islam..rukun islam ada 5 perkara, iaitu, mengucap 2 kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji bg yg berkemampuan..


untuk pengetahuan anda, kesemua lima perkara ini adalah berkaitan, sama seperti surah al fatihah yg kita baca paling kurang 17 kali sehari..kita huraikan dlu kisah rukun islam neh, lepas 2 kita teruskan dgn surah al fatihah..


seperti mana yg kita ketahui, kehidupan di akhirat adalah jauh lebih hebat dr kehidupan dunia..di dunia ini, kita memerlukan tempat tinggal sbg salah satu element penting dlm kehidupan..begitu juga dgn kehidupan di akhirat..persoalannya skrg, apakah perkaitan tempat tinggal di dunia dgn tempat tinggal di akhirat?


ramai manusia tahu yg dunia ini adalah alat untuk mencapai syurga..dunia adalah tempat kita bersiap untuk mendirikan tempat kediaman a.k.a rumah di syurga..


berbalik kepada rukun islam yg 5, pertama skali adalah mengucap 2 kalimah syahadah. Dulu time skolah, ustaz ustazah slalu ckp yg apabila seseorang islam masuk neraka, kemudian dia dimasukkan ke syurga lalu di dahinya akan dicop "bekas banduan neraka"..ini menunjukkan bahawa setiap umat islam akan merasai syurga. Apabila seseorang mengucapkan dua kalimah syahadah, org itu telah menempah 1 tapak di syurga. Hanyalah tapak semata-mata. tapak kosong...sbb itulah mengucap 2 kalimah syahadah adalah permulaan kepada islam.


dan apabila seseorang itu melakukan solat wajib 5 waktu, maka terdirilah 5 tiang utama di atas tapak tersebut..ini bersesuaian dgn ayat "solat itu tiang agama". tetapi 5 tiang seperti tidak begitu kukuh, justeru seseorang harus menambahkan tiang sokongan untuk menguatkan lg tiang utama..


dan apabila seseorang melakukan ibadat puasa, beliau telah menaikkan dinding dan menghadang di antara tiang2 td. ini bertepatan dgn ayat "puasa itu pendinding" kerana puasa dpt menghalang manusia drpd melakukan maksiat..



dan apabila seseorang mengeluarkan zakat, maka beliau telah menghiaskan rumahnya dgn perhiasan yg cantik2..kalau kat dunia neh mcm tv, almari, langsir, sofa, mcm2 lg la..hal ini selari dgn ayat "zakat adalah perhiasan umat islam".


dan yg terakhir skali, menunaikan haji bg yg berkemampuan..seperti juga di dunia, sesiapa yg mampu, diorang akan bt pagar kat umah diorang, kalau x mampu, nak bt camna kan..x pyh la bt pagar..tp seelok eloknya, adakanlah pagar, baru la complete rumah..


2 kalimah syahadah = tapak
solat = tiang
puasa =dinding @ bumbung
zakat = perhiasan
haji = pagar (bg yg berkemampuan)

completed house




***surah al fatihah 2 next entry la, x larat dh neh, dh la ayat skema nak mampos


3 comments: