Monday, August 1, 2011

amin amin amin

pada zaman Rasullullah dahulu, ketika itu sudah hampir dgn kedatangan ramadhan..di sebuah masjid, Rasullullah bersama para sabahat sedang duduk beriktikaf..mereka bertasbih, bertahmid, bertakbir memuji kebesaran Illahi..tiba2 rasullullah bgn berdiri, lalu mengucapkan amin sebanyak 3 kali..

"amin..amin..amin"

lalu baginda duduk semula...para sabahat bertanya

"apakah yg Engkau aminkan itu ya rasullullah?"

baginda menjawab.."sebentar td telah dtg malaikat jibrail a.s lalu berdoa..justeru aku aminkan doa beliau"

para sahabat tertanya2.."apakah doa itu ya rasullullah?"

baginda memberitahu bahawa jibrail a.s telah berdoa 3 perkara, lalu diaminkan oleh Baginda..

doa tersebut ialah

1) ya Allah, janganlah engkau terima segala amalan muslimim ini sepanjang bulan ramadhan jika dia tidak memohon maaf dan memaafkan kedua ibu bapanya

rasullullah menjawab.."AMIN"

2) ya Allah, janganlah engkau terima segala amalan muslimin ini sepanjang bulan ramadhan jika dia tidak memohon maaf dan memaafkan suaminya/isterinya

rasullullah menjawab.."AMIN"

3) ya Allah, janganlah engkau terima segala amalan muslimin ini sepanjang bulan ramadhan jika dia tidak memohon maaf dan memaafkan ahli keluarganya, sahabat handainya dan org sekelilingnya

rasullullah menjawab.."AMIN"



bayangkanlah betapa pentingnya memohon maaf dan memaafkan org lain...doa yg telah diminta oleh malaikat jibrail a.s yg tiada hijab antara Allah dan diaminkan pula oleh khatamul anbiya', habibullah.....

SUMBER: UST IKHWAN, MASJID KARIAH PULAU KIJANG

No comments:

Post a Comment